Geografi merupakan kajian tentang lokasi dan variasi ruang dalam fenomena manusia dan fizikal di bumi. Perkataan geografi diambil dari perkataan Inggeris yang berasal dari perkataan Greek hê gê ("bumi") dan graphein ("menulis" atau "menggambarkan").
Geografi lebih daripada pengkajian peta. Ia bukan hanya menyiasat dimana kedudukan di bumi, kadang kala digelar kedudukan di angkasa. Geografi mengkaji sama ada ia disebabkan oleh manusia atau secara semulajadi. Geografi juga mengkaji kesan perbezaan tersebut.
Geografi fizikal adalah cabang geografi yang membincangkan tentang keadaan fizikal bumi. ia membincangkan tentang:
1. Bumi sebagai satu sistem
2. Batuan
3. Laut dan lautan
4. Iklim
5. Luluhawa
6. Ekosistem
7. Tumbuhan dan haiwan liar.
Geografi manusia
Aspek manusia pula merangkumi aspek ekonomi, politik, kebudayaan, meterologi dan ekologi bumi yang dipengaruhi oleh kegiatan manusia. Aspek manusia lebih tertumpu kepada sains kemasyarakatan. Ini memberi penerangan tentang cara-cara manusia menyesuaikan diri dengan alam sekeliling dan kesan-kesan kegiatan manusia.
Geografi persekitaran manusia
Pada ketika pelopor alam sekeliling (environmental determinism), geografi ditakrifkan bukan mengenai pengkajian hubungan ruang, tetapi mengenai kajian bagaimana manusia dan alam sekitar berinteraksi. Walaupun pelupur alam sekeliling berkurangan, masih terdapat tradisi geografer yang menumpukan hubungan antara manusia dan alam sekitar. Terdapat dua sub-bidang geografi alam sekitar manusia: ekologi kebudayaan dan politik dan kajian ancaman semulajadi.
Definisi Geografi Menurut Pelbagai Pandangan
Menurut laman web Sabah Net pula, Geografi ditakrifkan sebagai satu mata pelajaran yang kompleks kerana ia bukan sahaja mempunyai ciri-ciri sosial tetapi termasuk juga ciri-ciri sains semula jadi. Geografi memandang manusia dengan aspek semula jadinya sebagai penaburan ruang yang saling berkaitan di atas permukaan bumi.Pola-pola tersebut adalah seperti penaburan penduduk, bandar, bahasa, negeri, politik, sistem pertanian, perindustrian, iklim serta penduduk.
Di samping itu pengajian geografi ialah mengenai perhubungan atau saling hubungan antara kawasan-kawasan seperti trafik penumpang pesawat udara, perkapalan lautan atau perdagangan antarabangsa.
Tambahan pula geografi cuba menggunakan data-data daripada dunia biologi, fizikal dan sosial seperti unsur-unsur yang menunnjukkan variasi yang jelas dalam ruang yang mempunyaisaling hubungan yang bermakna dengan fenomena yang lain.
Oleh yang demikian, geografi bolehlah disifatkan sebagai satu bidang pengetahuan atau 'field of knowledge' dan bukanlah satu subjek yang tersendiri di mana pengetahuan-pengetahuan adalah asli kepada mata pelajaran itu. Ini bermakna geografi bukanlah satu bentuk pengetahuan tetapi ia adlah satu bidang, di mana kebanyakan butir pengetahuannya didapati subjek-subjek sains sosial dan sains semulajadi. Konsep geografi ini adalah konsisten dengan falsafah serta ideanya iaitu:
1. Geografi sebagai satu sintesis
2. Geografi sebagai satu pandangan
Dalam konteks itu, sintesis boleh disifatkan sebagai penggabungan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya menjadi satu keseluruhan.
Oleh sebab itu Geografi ialah satu mata pelajaran yang kompleks adalah sukar untuk memberinya satu definisi yang khusus. Banyak percubaan telah dibuat untuk mendifinasikan bidang itu dan berikut ialah takrifan yang penting dan menarik.
UNESCO (1956) mendifinisikan geografi sebagai:
1. satu agen sintesis
2. satu kajian perhubungan ruang
3. sains dalam penggunaan tanah
John Mackinder (1861-1947) seorang pakar geografi memberi definisi geografi sebagai satu kajian mengenai kaitan antara manusia dengan alam sekitarnya.
Geografi terbahagi kepada beberapa cabang iaitu Geografi Fizikal dan juga Geografi Manusia
Rujukan
1. notapismp. Institut Pendidikan Guru
No comments:
Post a Comment